AGAMA

Kontroversi Soal Jenazah Mualaf Dibakar Jadi Perbincangan, Ustadz Abdul Somad Beri Penjelasan

DEMOCRAZY.ID
Juli 29, 2024
0 Komentar
Beranda
AGAMA
Kontroversi Soal Jenazah Mualaf Dibakar Jadi Perbincangan, Ustadz Abdul Somad Beri Penjelasan



DEMOCRAZY.ID - Publik Malaysia baru-baru ini menyoroti pemberitaan soal jenazah suami Jennifer Coppen yakni Yitta Dali Wassink dibakar, padahal dia sudah memeluk agama islam (Mualaf).


Saat ini publik banyak menyoroti tindakan keluarga lelaki itu, dan jadi perbincangan netizen usai viral di TikTok, Nursaidah.


Hal itu nampaknya menjadi perbincangan juga bagi Ustaz Abdul Somad berkenaan isu jasad mualaf dibakar.


Pada video itu, Ustaz Abdul Somad berkata, berdasarkan syariat Islam hukumnya haram untuk membakar jenazah seorang Muslim.


“Bagaimana jika ada seorang Muslim yang mayatnya dibakar kerana keluarganya tidak tahu dia sudah Muslim? Maka sekampung itu menanggung dosanya. Itulah yang dinamakan fardu kifayah. Kifaya bermaksud jika sebahagian daripada masyarakt melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat,” katanya.


Ustaz Abdul Somad juga menasihatkan mana-mana mualaf untuk mencatat dan menyimpan rekod sebagai bukti mereka telah memeluk Islam.


“Sebab itu saya selalu nasihatkan mana-mana mualaf untuk memberitahu mereka telah memeluk Islam kepada keluarga atau rakan dan mendaftar di pusat mualaf di daerah mereka,” ujarnya.


Sementara itu, Ustaz Abdul Somad juga berkongsi satu cerita berkenaan isu yang hampir sama dengan kisah Dali Wassink.


“Datang seorang Muslim yang bersaksi dan mempunyai bukti jenazah telah masuk Islam, maka jenazah itu perlu dikebumikan. Seorang yang melaksanakan fardhu kifayah ini, semua penduduk di daerah ini selamat. Kalau tidak dilaksanakan, satu daerah ini dilaknak Allah SWT, jadi hati-hati,” kongsinya.


Terdahulu, suami kepada Jennifer itu meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menaiki motorsikal.


Menurut aktres itu, mayat Dali Wassink dibakar walaupun dia sudah memeluk Islam karena merupakan permintaan suaminya sendiri ketika masih hidup.


“Kenapa Dali dibakar? Saya nak minta awak hormati sahaja keputusan keluarga. Dan itu permintaan Dali. Memang Dali ni mualaf, Dali baru belajar Islam," jelasnya.


“Tolong hormati sahaja keputusan Dali. Sekarang Dali sudah aman, jelas ibu kepada seorang anak itu,” katanya.


Sumber: Suara

Penulis blog